Wednesday, November 22, 2006

Kisahnya bermula disini....

Kehidupan penuh dengan pancarobanya. Tidak pernah lagi ku dengar melalui rakan-rakanku yang mereka berasa puas dengan apa yang mereka ada sekarang. Ada sahaja yang tidak kena. Gaji tidak cukup lah, awek tak cantek lah, boyfriends lari lah..macam2 lagi. Ahh..persetan dengan itu semua; aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Kerjayaku, walau tidaklah seberapa gajinya, sudah cukup bagi menampung kehidupanku ini.

Kadang kala kutermenung sendirian bila mengenangkan cerita-cerita silam yang tersemat dalam otakku ini. Soalan seperti bila dan dimanakah cinta sejati akan diperolehi masih lagi kabus dan samar2 jawapannya. Adakah aku ditakdirkan akan bersendirian selama-lamanya?

Inilah kisahku, dan akan kucoretkan segala-galanya mengenai kehidupanku didalam lembaran yang akan datang. Selamat membaca ya!!